VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
Aspirasi Transformasi Kualiti
Maksud Aspirasi: Keinginan yang kuat untuk mencapai sesuati hasrat
Maksud Transformasi: Melakukan perubahan tindakan bagi menghasilkan sesuatu pencapaian.
Maksud Kualiti: Tahap pencapaian yang tinggi.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga KTESS dengan ikhlas, iltizam, dan penuh kesungguhan berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1. Menyediakan kakitangan, guru, dan staf sokongan yang mencukupi, berdisiplin, dan bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberi.
2. Mengurus dan melaksanakan kerja dengan cekap dan bijaksana.
3. Memastikan maklumat dapat disampaikan kepada warga sekolah dengan lengkap, cekap, dan tepat.
4. Memastikan sistem pendidikan sekolah berjalan lancar dan berkesan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima kritikan dan cadangan demi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan pada setiap masa.
7. Memartabatkan KTESS sebagai institusi pendidikan cemerlang, berkesan dan berkualiti seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Negara